Adakah anda tahu peti sejuk cuma dijadikan alat kegunaan rumah setelah 40 tahun digunakan oleh industri?
Artikel dihantar : Muhammad Zulazri Bin Zakaria pada 5:36 PTGPeti sejuk ialah alat mekanik untuk menyimpan dan memeliharakan makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk beku yang berkongsi sistem penyejukannya dengan lagi sebuah petak untuk suhu sejuk yang dikekalkan di luar takat sejuk beku. Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, bersama-sama dengan alat-alat dapur yang lain.
Alatan ini menggantikan kotak ais yang merupakan barang kegunaan rumah selama hampir satu setengah abad. Unit-unit penyejukan perdagangan telah digunakan selama hampir 40 tahun sebelum pengenalannya untuk kegunaan rumah. Ini disebabkan sistem ammonia yang digunakan menyebabkannya tidak selamat untuk kegunaan rumah. Peti sejuk sebagai alatan rumah diperkenalkan pada dekad 1920-an, dan diterima secara meluas pada dekad 1930-an ketika harga turun dan bahan-bahan penyejuk tiruan, seperti freon dan R-12 diperkenalkan.
Sebelum terciptanya peti sejuk
Masyarakat zaman dahulu telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan tempat yang sejuk. Misalnya pada tahun 1000 SM, rakyat China memotong dan menyimpan ais. Sekitar 500 SM pula, orang Arab dan India membekukan air pada waktu malam dan menyimpannya dalam bekas bagi mengelakkan ais itu cair. Pada abad ke-18 pula, masyarakat England akan mengutip ais semasa musim sejuk dan menyimpannya dalam rumah sejuk. Ais itu dibungkus dengan meletakkan garam dan disimpan di bawah rumah agar ais itu sentiasa beku untuk kegunaan semasa musim panas. Pada abad ke-19, kotak ais telah digunakan di England. Para ilmuan telah mencuba pelbagai cara untuk mencipta sebuah mesin yang dapat menyejukkan. Oleh itu, kaedah penyejukan pertama telah dicipta oleh William Cullen dari Universiti Glasgow, Scotland pada tahun 1748. Kemudian pada tahun 1805, Oliver Evans, seorang pencipta Amerika Syarikat, telah mereka mesin peti sejuk yang pertama. Hasil daripada rekaan Evans telah mendorong pereka lain untuk mencipta peti sejuk yang lebih baik. Dalam tahun 1844, John Gorrie, seorang doktor dari Florida telah menghasilkan satu alat yang berasaskan ciptaan Evans untuk membuat ais bagi menyejukkan udara untuk merawat pesakit-pesakit kuning. Peti sejuk perdagangan yang pertama untuk menyejukkan makanan telah dijual oleh Syarikat General Electric pada tahun 1911. Namun, peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes pada tahun 1915.
Nota : Terfikirkah anda akan kemungkinan wujudnya peti panas pada masa akan datang dan apakah rasional penciptaannya?
Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org/wiki/Peti_sejuk

Labels: alatan dapur, alatan elektrik, objek besar
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan