Memaparkan catatan dengan label kemudahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemudahan. Papar semua catatan

Adakah anda tahu bagaimana kanta lekap dicipta?


Idea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikiran artis terkenal Itali, Leornado da Vinci. Beliau melukis model sebuah alat berisi air yang dipakai dan digunakan di mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang.

Kanta lekap yang pertama dicipta pada tahun 1880 oleh seorang saintis Switzerland bernama A. Eugene Fick. Kanta beliau dicipta menggunakan teknik tiupan dan memenuhi keseluruhan mata pemakainya.


Ia hanya boleh dipakai beberapa jam sehari kerana ia sangat tidak selesa. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat bernama Kevin Touhy mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian kornea mata.

Nota : Yang mana anda lebih suka; menggunakan kanta lekap atau kaca mata? Kenapa?
Sumber artikel : http://www.johordt.gov.my/sainsteknologi/files/arkib.htm


Kompas atau 'kompas pelaut' ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi.

Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 masehi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.Jarum kompas ciptaan orang Eropah sentiasa menunjuk ke arah utara.

Jarum kompas ciptaan China sentiasa menunjuk ke arah
selatan. Sebenarnya konsep asas utara dan selatan adalah sama. Jarum kompas adalah sebatang jarum
besi bermagnet yang mempunyai dua hujung, satu ke arah selatan dan satu lagi ke arah utara.

Nota: Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak
Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompas


Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds