Memaparkan catatan dengan label alat permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alat permainan. Papar semua catatan


Pelajar-pelajar Washington State University (WSU) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah mencipta sejenis alat yang mungkin akan digemari oleh kanak-kanak yang suka merosakkan atau memecahkan permainan mereka.

'Breakinator' iaitu sebuah mesin yang berfungsi untuk memecahkan peralatan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, diperkenalkan baru-baru ini pada pameran sains keluarga yang diadakan di Pusat Pengembaraan Sains Palouse, Amerika Syarikat.

Mesin tersebut telah direkacipta oleh pelajar sains material WSU dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran yang lebih baik berkenaan lapangan sains bahan. Ia dicipta untuk menjadikan aktiviti memusnahkan barang lebih jelas dan pengguna boleh membayangkan serta membuat perbandingan secara mikroskopik di antara bahan-bahan yang telah dipecahkan.

"Di bahagian timur Washington, ramai pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan tidak didedahkan dengan kejuruteraan sains material di sekolah mereka menyebabkan negara kehilangan pelapis yang berpotensi di dalam bidang tersebut," demikian menurut pelajar-pelajar tersebut.

Bagi melengkapkan projek itu, pelajar terbabit telah memohon geran sebanyak RM2,000 daripada ASM Antarabangsa iaitu sebuah badan kebajikan profesional dalam bidang sains bahan.

Kumpulan tersebut merupakan satu-satunya kumpulan daripada lima kumpulan di negara tersebut yang mendapat anugerah pada pameran berkenaan.

Nota : Adakah mesin ini lebih banyak memberi manfaat atau keburukan ?
Sumber artikel : http://www.johordt.gov.my/sainsteknologi/files/arkib.htm


Adakah anda tahu Yoyo bukan sekadar permainan tetapi juga senjata?

Anda mungkin berfikir bahwa senjata adalah sebuah alat yang berbahaya dan harus dihindari. Tetapi, jika anda pernah memainkan Yoyo, bererti anda sudah memainkan sebuah senjata.

Yoyo sudah wujud sejak lama, tetapi baru muncul dan diperkenalkan di Amerika pada tahun 1929. Orang Filipina membuat Yoyo dari batang pohon yang merambat yang hujung-hujungnya diikatkan dengan batu-batu keras. Mereka melempar batu-batu itu dengan menarik batang rambatnya.

Yoyo pertama di Amerika terbuat dari kayu. Donald Duncan mempunyai idea dengan meminta orang Filipina memperagakan Yoyo di pusat belibelah. Demikianlah orang Amerika menyedari bahawa Yoyo juga dapat dipergunakan sebagai alat mainan. Akhirnya, Yoyo dibuat dari bahan plastik warna-warni dan dapat dibeli di kedai mainan.

Nota :
Nama Yoyo berasal dari bahasa Tagalog Filipina, yang bermaksud "Mari, Mari"
Sumber artikel : http://yudhim.blogspot.com/2008/02/asal-usul-yoyo.html


Catatan Lama Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds