Adakah anda tahu ilham penciptaan seluar jeans dari situasi di tambang?

Saat demam emas melanda Amerika Syarikat di tahun 1848, ada seorang pemuda berusia 20 tahun dari New York berniat mengadu nasib. Namanya Levi Strauss.

Di tempat asalnya dia adalah seorang penjual pakaian. Strauss berangkat ke California dengan berbekalkan beberapa helai tekstil untuk dijual selama perjalanan ke Barat.


Sesampai di California, Levi Strauss telah menjual semua barang yang dimilikinya, kecuali segulung kanvas. Segulung kanvas? Apa gunanya? Siapa yang mahu memakai pakaian dibuat dari kanvas?


Di California, Strauss memperhatikan bahawa para pekerja tambang memiliki seluar yang cepat sekali rosak. Untuk itu Strauss mencuba membuat seluar kerja dari bahan kanvas.
Kerana tidak sepenuhnya suka dengan bahan dari kanvas, Strauss mula menggunakan bahan lain yang dipesannya dari Genoa, Itali. Para penjahit di sana menyebut bahan itu “genes”. Strauss mengubah namanya menjadi “jeans”, dan mulailah ia menghasilkan seluar jeans pertamanya, yang diberi label “Levi’s”.

Hanya dalam waktu singkat seluar ini menjadi “pakaian rasmi” para penambang dan koboi, dan akhirnya dapat kita temui sekarang sebagai ”pakaian kebangsaan” banyak orang.

Nota : Jenama Levi's adalah jenama pertama dan menjadi pelopor bagi segala jenama jeans yang popular kini
Sumber artikel : http://bukamata1107.wordpress.com/2007/12/10/asal-mula-celana-jeans/#more-36


0 komen:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama