Adakah anda tahu hasil penciptaan pin keselamatan digunakan untuk membayar hutang?
Artikel dihantar : Muhammad Zulazri Bin Zakaria pada 6:22 PTG
Walaupun telah banyak yang menggunakan pin selama ini, namun pin yang digunakan itu tidak selamat dan seringkali mencucuk badan. Pin ciptaan Walter selamat digunakan, sebab itulah ia dipanggil pin keselamatan(safety pin). Pin yang dihasilkan oleh Walter tajam pada bahagian hujungnya, mempunyai gegelang bulat pada tengahnya yang berfungsi seperti spring dan pada hujungnya direka pelindung atau penyangkut bahagian yang tajam tersebut. Pin ini sangat selamat digunakan kerana ia tidak mencederakan tempat yang disemat.
Pada mulanya, Walter menamakan pin tersebut sebagai pin pakaian(dress pin). Kemudian, dia menukarkannya kepada pin keselamatan(safety pin).
Pada tahun 1849, Walter Hunt telah mematenkan hasil rekaannya itu. Dia menjual paten rekaannya dengan harga US Dollar 400. Dengan itu dia dapat membayar hutang kawannya. Setelah beberapa lama, pin tersebut mendapat sambutan ramai dan digunakan di seluruh dunia. Pin tersebut diubah suai dalam pelbagai bentuk tetapi fungsinya tetap sama.
Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pin_keselamatan
Labels: keselamatan, objek kecil
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan