Pin keselamatan direka oleh Walter Hunt secara tidak sengaja semasa beliau sangat memerlukan wang. Ketika itu, Walter telah meminjam wang daripada seorang kawan sebanyak US Dollar 15. Ketika itu, dia duduk di meja dengan sebatang wayar besi tanpa mengetahui apa yang hendak dilakukannya. Lalu, dia memutar wayar besi itu secara bulat dalam masa lebih kurang 3 jam. Apabila dia melihat hasilnya, Walter mendapati dia telah mencipta sesuatu tanpa diduga. Hasil ciptaannya itu boleh dijadikan penyemat baju ataupun pin baju. Walter telah mencipta pin baju yang pertama di dunia.

Walaupun telah banyak yang menggunakan pin selama ini, namun pin yang digunakan itu tidak selamat dan seringkali mencucuk badan. Pin ciptaan Walter selamat digunakan, sebab itulah ia dipanggil pin keselamatan(safety pin). Pin yang dihasilkan oleh Walter tajam pada bahagian hujungnya, mempunyai gegelang bulat pada tengahnya yang berfungsi seperti spring dan pada hujungnya direka pelindung atau penyangkut bahagian yang tajam tersebut. Pin ini sangat selamat digunakan kerana ia tidak mencederakan tempat yang disemat.

Pada mulanya, Walter menamakan pin tersebut sebagai pin pakaian(dress pin). Kemudian, dia menukarkannya kepada pin keselamatan(safety pin).

Pada tahun 1849, Walter Hunt telah mematenkan hasil rekaannya itu. Dia menjual paten rekaannya dengan harga US Dollar 400. Dengan itu dia dapat membayar hutang kawannya. Setelah beberapa lama, pin tersebut mendapat sambutan ramai dan digunakan di seluruh dunia. Pin tersebut diubah suai dalam pelbagai bentuk tetapi fungsinya tetap sama.


Nota : Pernahkah anda menggunakan pin keselamatan sebagai pengganti sementara butang baju atau kancing seluar anda ketika saat terdesak? : )
Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pin_keselamatan


0 komen:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama