Adakah anda tahu bagaimana kanta lekap dicipta?
Artikel dihantar : Muhammad Zulazri Bin Zakaria pada 2:25 PGIdea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikiran artis terkenal Itali, Leornado da Vinci. Beliau melukis model sebuah alat berisi air yang dipakai dan digunakan di mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang.
Kanta lekap yang pertama dicipta pada tahun 1880 oleh seorang saintis Switzerland bernama A. Eugene Fick. Kanta beliau dicipta menggunakan teknik tiupan dan memenuhi keseluruhan mata pemakainya.
Ia hanya boleh dipakai beberapa jam sehari kerana ia sangat tidak selesa. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat bernama Kevin Touhy mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian kornea mata.
Labels: kemudahan, objek kecil
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan