Pelajar-pelajar Washington State University (WSU) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah mencipta sejenis alat yang mungkin akan digemari oleh kanak-kanak yang suka merosakkan atau memecahkan permainan mereka.

'Breakinator' iaitu sebuah mesin yang berfungsi untuk memecahkan peralatan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, diperkenalkan baru-baru ini pada pameran sains keluarga yang diadakan di Pusat Pengembaraan Sains Palouse, Amerika Syarikat.

Mesin tersebut telah direkacipta oleh pelajar sains material WSU dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran yang lebih baik berkenaan lapangan sains bahan. Ia dicipta untuk menjadikan aktiviti memusnahkan barang lebih jelas dan pengguna boleh membayangkan serta membuat perbandingan secara mikroskopik di antara bahan-bahan yang telah dipecahkan.

"Di bahagian timur Washington, ramai pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan tidak didedahkan dengan kejuruteraan sains material di sekolah mereka menyebabkan negara kehilangan pelapis yang berpotensi di dalam bidang tersebut," demikian menurut pelajar-pelajar tersebut.

Bagi melengkapkan projek itu, pelajar terbabit telah memohon geran sebanyak RM2,000 daripada ASM Antarabangsa iaitu sebuah badan kebajikan profesional dalam bidang sains bahan.

Kumpulan tersebut merupakan satu-satunya kumpulan daripada lima kumpulan di negara tersebut yang mendapat anugerah pada pameran berkenaan.

Nota : Adakah mesin ini lebih banyak memberi manfaat atau keburukan ?
Sumber artikel : http://www.johordt.gov.my/sainsteknologi/files/arkib.htm


0 komen:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds