Adakah anda tahu bagaimana kanta lekap dicipta?


Idea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikiran artis terkenal Itali, Leornado da Vinci. Beliau melukis model sebuah alat berisi air yang dipakai dan digunakan di mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang.

Kanta lekap yang pertama dicipta pada tahun 1880 oleh seorang saintis Switzerland bernama A. Eugene Fick. Kanta beliau dicipta menggunakan teknik tiupan dan memenuhi keseluruhan mata pemakainya.


Ia hanya boleh dipakai beberapa jam sehari kerana ia sangat tidak selesa. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat bernama Kevin Touhy mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian kornea mata.

Nota : Yang mana anda lebih suka; menggunakan kanta lekap atau kaca mata? Kenapa?
Sumber artikel : http://www.johordt.gov.my/sainsteknologi/files/arkib.htm


0 komen:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds