Adakah anda tahu bahan yang digunakan dalam penciptaan sebiji mentol lampu?


Kebanyakan mentol lampu hari ini diperbuat daripada kaca dan logam. Mentol tersebut diperbuat daripada kaca, yang diisi dengan gas lengai, biasanya argon.

Di tengah-tengah mentol, sekeping filamen akan di pegang oleh lapisan logam. Filamen tersebut diperbuat daripada logam tungsten yang boleh menahan suhu yang sangat tinggi lantas menghasilkan cahaya.

Sebelum Thomas Alva Edison (klik untuk lihat video ucapannya tentang penciptaan mentol) mencipta mentol lampu pada tahun 1879, beliau menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengenalpasti apakah bahan yang paling sesuai dijadikan filamen. Antara bahan yang telah digunakan oleh beliau termasuklah, straw minuman, tali tangsi, kayu, malah rambutnya sendiri. Akhirnya beliau menggunakan benang karbon sebagai filamen.

Mentol lampu selepas itu menggunakan logam sebagai filamen.

Nota : Cuba anda bayangkan dunia anda ketika ini jika tiada sebarang penemuan tentang lampu elektrik.....
Sumber artikel : http://www.johordt.gov.my/sainsteknologi/files/arkib.htm


0 komen:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds